SALAH seorang individu yang cedera dibawa dengan pengusung untuk dihantar ke hospital. FOTO AFP
SALAH seorang individu yang cedera dibawa dengan pengusung untuk dihantar ke hospital. FOTO AFP
BERNAMA

Kabul: Enam maut, manakala 11 lagi cedera dalam insiden letupan berkembar di kawasan Dasht-e-Barchi, di Kabul, Afghanistan pada Selasa, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran.

"Kejadian berlaku berdekatan sekolah Abdul Rahim Shahid pada 10 pagi waktu tempatan hari ini, enam terbunuh dan 11 yang lain cedera," ciap Zadran di akaun Twitternya, lapor Xinhua

Beliau berkata, mangsa terdiri mereka yang bermazhab Syiah, namun maklumat lanjut tidak didedahkan.

Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 8:28 AM