FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Baitulmaqdis: Satu kajian di Israel mendapati dos penggalak kedua vaksin Pfizer-BioNTech berupaya menurunkan kadar penularan Covid-19 dalam kalangan warga emas, tetapi perlindungan terhadap jangkitan didapati tidak lama.

The National News perlindungan terhadap jangkitan selepas menerima penggalak kedua atau dos keempat berkurangan selepas empat minggu dan ia berdasarkan dapatan kajian penyelidik Israel yang diterbitkan pada Selasa lalu dalam The New England Journal of Medicine.

Perlindungan terhadap penyakit teruk tidak berkurangan dalam tempoh enam minggu selepas pemberian dos, namun penyelidik memaklumkan banyak kajian diperlukan untuk menilai perlindungan jangka panjangnya.

Kajian terhadap 1.3 juta individu berumur 60 tahun ke atas yang menganalisis data daripada pangkalan data Kementerian Kesihatan Israel bermula 10 Januari hingga 2 Mac,

"Kadar jangkitan Covid-19 yang disahkan dan teruk adalah lebih rendah selepas dos keempat vaksin BNT162b2 berbanding selepas hanya tiga dos. Perlindungan terhadap jangkitan yang disahkan kelihatan tidak lama, manakala perlindungan terhadap penyakit teruk tidak berkurangan semasa tempoh kajian," kata laporan itu.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) ditetapkan bersidang pada Rabu untuk membincangkan keperluan untuk penggalak tambahan, seminggu selepas AS membenarkan suntikan penggalak kedua untuk individu berumur 50 tahun ke atas di tengah-tengah penularan subvarian Omicron BA.2, lapor Reuters.

Menteri kesihatan Eropah juga menggesa kerajaan blok itu menyokong dos keempat untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

Di Asia, Korea Selatan mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19 pada Februari, manakala Singapura memaklumkan dos penggalak kedua dirancang untuk mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

Satu lagi kajian dari Israel bulan lepas menunjukkan bahawa warga yang menerima penggalak kedua vaksin Pfizer-BioNTech mempunyai kadar kematian 78 peratus lebih rendah daripada mereka yang menerima satu suntikan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 10:34 AM