FOTO tular menunjukkan kepulan asap di lokasi kejadian.
FOTO tular menunjukkan kepulan asap di lokasi kejadian.
BERNAMA

Bangkok: Seorang jurulatih penerbangan dan pelajarnya maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di wilayah Nakhon Sawan, semalam.

Helikopter tentera itu terhempas berhampiran Kem Tentera Chiraprawat pada 9.30 pagi (waktu tempatan).

Menurut saksi kejadian, helikopter itu terbakar sebelum terhempas.

Media tempatan melaporkan, pusat latihan penerbangan tentera itu sudah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.

Nahas itu adalah yang kedua berlaku bulan ini membabitkan aset tentera.

Pada 3 Disember lepas seorang juruterbang cedera selepas jet pejuang F-5 dipandunya terhempas ketika mengadakan latihan di daerah Chai Badan, Lopburi.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 8:45 AM