Raja Noraina Raja Rahim

Ampang: Polis sudah mengenal pasti identiti empat mangsa yang terbabit dalam kejadian kemalangan helikopter yang menyebabkan satu helikopter terhempas di Taman Melawati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa yang maut adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.

Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

HELIKOPTER yang bertembung dan terhempas di Taman Melawati. FOTO ihsan pembaca
HELIKOPTER yang bertembung dan terhempas di Taman Melawati. FOTO ihsan pembaca

"Polis kini sedang menyiasat kemungkinan ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

"Dua helikopter ini daripada syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah," katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini memfokuskan kepada punca kematian.

Katanya, punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Berita berkaitan:

  • Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]
  • 2 maut helikopter terhempas [METROTV]


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 2:33 PM