Ahli keluarga dan rakan yang hadir di lokasi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Jalan Melawati, Ampang hari ini. Foto Fathil Asri
Ahli keluarga dan rakan yang hadir di lokasi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Jalan Melawati, Ampang hari ini. Foto Fathil Asri
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: "Saya tidak mahu diganggu," kata Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, ringkas ketika ditemui di lokasi nahas helikopter terhempas berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAS) itu berada di lokasi kejadian dan dikawal pegawai polis dipercayai bagi membantu siasatan.

Ahmad Jauhari terselamat selepas helikopter dinaikinya bersama Tan Chai Eian, 56, mendarat cemas dalam kawasan sekolah berkenaan.

Beliau dan Tan kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki kenderaan polis pada 3 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12 tengah hari.

Dalam kejadian itu, sebuah helikopter terhempas menyebabkan dua individu terkorban, manakala sebuah lagi berjaya melakukan pendaratan cemas.

Mayat dua mangsa iaitu Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

Sehingga 3 petang ini, pasukan keselamatan masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi.

Berita berkaitan:

  • Nahas helikopter: MOT akan jalankan siasatan teknikal
  • 'Saya cam tangan dan jam arwah adik'
  • [UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti
  • Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]
  • 2 maut helikopter terhempas [METROTV]


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 4:26 PM