Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan teknikal terhadap nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang hari ini, berdasarkan Annex 13-Pasukan Penyiasatan Keselamatan, Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan ICAO Annex 13, laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara itu.

"Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan.

Polis ke rumah yang dipercayai menjadi lokasi mangsa maut ditikam di Kampung Bukit Curi, Tanah Merah hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Polis ke rumah yang dipercayai menjadi lokasi mangsa maut ditikam di Kampung Bukit Curi, Tanah Merah hari ini. Foto Ihsan Pembaca

"Oleh itu, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyiasat terbabit akan mengeluarkan satu laporan penuh berhubung hasil siasatan termasuk syor penambahbaikan bagi keselamatan penerbangan awam selepas keseluruhan siasatan selesai.

Menurutnya, dapatan daripada hasil laporan itu akan digunakan kerajaan sebagai asas untuk mengemukakan syor penambahbaikan secara holistik terhadap industri penerbangan awam negara.

Berita berkaitan:

  • 'Saya cam tangan dan jam arwah adik' [METROTV]
  • [UPDATE]: Mangsa nahas helikopter dikenal pasti [METROTV]
  • Helikopter terhempas ketika ujian penerbangan [METROTV]
  • 2 maut helikopter terhempas [METROTV]


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2020 @ 3:50 PM