Gambar fail menunjukkan pelancong memakai pelitup muka di Pantai Patong, Phuket. - FOTO AFP
Gambar fail menunjukkan pelancong memakai pelitup muka di Pantai Patong, Phuket. - FOTO AFP
AFP

Bangkok: Individu dari mana-mana negara yang sudah menerima vaksin lengkap boleh menempah percutian ke Phuket.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand mengumumkan bahawa skim sandbox kini diperluas untuk 80 negara.

"Ia bermakna, Thailand kini bersedia menerima pelancong dari mana-mana negara di dunia," katanya dalam kenyataan.

Jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat berkata, kanak-kanak yang belum menerima vaksin boleh berkunjung ke negara berkenaan bersama ibu bapa yang sudah lengkap divaksin.

Program sandbox itu berjaya menarik lebih 38,000 pengunjung ke Phuket dan menjana $66.67 juta.

Bagaimanapun, pengendali agensi pelancongan merayu kerajaan melonggarkan syarat kemasukan bagi meningkatkan jumlah pengunjung.

Ini kerana, kelonggaran berkenaan membolehkan pelancong dari Indonesia dan Malaysia mengunjungi Phuket.

Sebelum pandemik, pelancong Malaysia mewakili jumlah kedua tertinggi mengunjungi Thailand dengan lebih empat juta pengunjung pada 2019.

Pihak berkuasa Thailand juga berhasrat membuka lima lagi destinasi, termasuk Bangkok menggunakan model sandbox bermula November nanti, diikuti 20 lagi destinasi pada Disember selepas kadar vaksinasi meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Oktober 2021 @ 5:26 PM