LOKASI gempa bumi berkenaan. IMEJ dari USGS.
LOKASI gempa bumi berkenaan. IMEJ dari USGS.
AFP

Beijing: Dua maut susulan gempa bumi yang berlaku di barat daya China, awal pagi Khamis.

Ia mengaktifkan tahap kedua tertinggi respon kecemasan pasukan penyelamat di wilayah Sinchuan, lapor media tempatan.

Tinjauan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) merekodkan magnitud gempa bumi itu pada 5.4 namun Pusat Rangkaian Gempa Bumi China mengesan gempa pada magnitud 6, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa dikesan berlaku di sekitar 120 km barat daya Chongqing, dengan kawasan sekitarnya dihuni sekitar 30 juta penduduk.

Rangkaian Televisyen Global China (CGTV) berkata, kerajaan tempatan mengesahkan dua kematian tanpa mendedahkan lokasi mangsa ditemukan mati dan butiran berkaitan kejadian.

Agensi berita Xinhua pula berkata, Bandar Luzhou sudah menghantar anggota pasukan kecemasan ke lokasi kejadian, namun tidak mendedahkan maklumat lanjut.

USGS berkata, berdasarkan penilaian awal kerosakan akibat gempa bumi itu mungkin menjejaskan kawasan yang lebih besar.

Gempa bumi bermagnitud 7.9 magnitud berlaku di Sinchuan pada 2007 yang mengorbankan 87,000 orang dengan ada yang masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 9:42 AM