ANTARA pesawat tentera AS yang masih melakukan proses evakuasi individu dari Kabul, Afghanistan. FOTO AFP
ANTARA pesawat tentera AS yang masih melakukan proses evakuasi individu dari Kabul, Afghanistan. FOTO AFP
AFP

Kabul: Hanya seorang pengebom berani mati yang melancarkan serangan di lapang terbang di sini, menurut Petagon pada Jumaat.

Ia sekali gus membetulkan penilaian awal pihaknya bahawa ada dua pengebom terbabit dalam kejadian itu dan ia membabitkan dua letupan berasingan.

"Kita tidak percaya bahawa ada dua letupan di atau dekat Hotel Baron, ia membabitkan satu serangan pengebom berani mati," kata Jeneral Hank Taylor.

Sebelum ini, dipercayai berlaku letupan kedua di hotel berkenaan yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang.

Serangan pada Khamis itu menyebabkan sekurang-kurangnya 85 orang maut, termasuk 13 tentera Amerika Syarikat (AS), ketika ribuan orang masih berusaha untuk meninggalkan negara itu, menjelang tarikh akhir pengunduran tentera AS pada 31 Ogos ini.

Pentagon juga berkata, proses evakuasi itu mungkin akan menyebabkan banyak lagi serangan seperti Khamis lalu yang berpunca daripada militan Daish.

Dengan lebih 100,000 orang dibawa keluar dari Afghanistan sejak 14 Ogos dalam proses evakuasi itu, Taylor berkata 5.400 orang masih menunggu untuk dievakuasi.

Beliau berkata, AS akan membawa keluar individu sehingga 'saat terakhir'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 9:36 AM