OPERASI evakuasi menggunakan pesawat tentera dari lapangan terbang di Kabul, Afghanistan. FOTO AFP
OPERASI evakuasi menggunakan pesawat tentera dari lapangan terbang di Kabul, Afghanistan. FOTO AFP
AFP

Kabul: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa melakukan serangan dron terhadap 'perancang' kepada militan Daish- Khorasan, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman di lapangan terbang Kabul.

"Serangan udara berlaku di wilayah Nangahar. Afghanistan. Maklumat awal adalah bahawa kita membunuh sasaran.

"Tiada maklumat kita terima mengenai orang awam yang terkorban ," kata Kapten Bill Urban dari Komando Pusat dalam satu kenyataan.

Pentagon sebelum ini mengesahkan hanya seorang pengebom berani mati yang melancarkan serangan di lapang terbang di sini.

Ia sekali gus membetulkan penilaian awal pihaknya bahawa ada dua pengebom terbabit dalam kejadian itu dan ia membabitkan dua letupan berasingan.

Dalam pada itu, AS pada Jumaat mengarahkan semua warganya untuk 'serta-merta' meninggalkan pintu masuk di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.

Terdahulu, Pentagon pada Jumaat berkata, operasi evakuasi berisiko tinggi untuk membawa keluar warganya dan rakyat Afghanistan masih berdepan dengan ancaman yang 'spesifik' dan 'boleh dipercayai'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 10:27 AM