Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP
Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP
Agensi

Makkah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan jemaah berusia 12 hingga 18 tahun yang menerima dua dos vaksin untuk mengerjakan umrah.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdul-Fattah Suleiman Mashat, berkata permit umrah dikeluarkan melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna dengan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah-langkah pencegahan yang menjamin keselamatan dan kesihatan jemaah, lapor agensi berita APP.

Mashat berkata kementeriannya bekerjasama dengan pihak berkuasa lain sebelum musim umrah tahun ini bagi mewujudkan mekanisme dan persekitaran yang selamat untuk jemaah.

Katanya, prosedur kesihatan yang ditetapkan oleh kementerian perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan jemaah dan mereka yang membantu mereka selain mencegah penyebaran Covid-19.

"Kebenaran umrah mesti diperoleh melalui permohonan Eatmarna dan Tawakkalna," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 10:51 AM