- Foto AFP
- Foto AFP
Agensi

Makkah: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan pendaftaran sudah dibuka untuk jemaah, rakyat dan penduduk tempatan yang ingin menunaikan haji tahun ini.

Pemohon mestilah berusia tidak melebihi 65 tahun dan perlu mempunyai permit pemastautin yang sah.

Arabnews melaporkan, pendaftaran dibuka pada hari Jumaat, dan kementerian berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji dan mendapat imunisasi sepenuhnya mengikut status mereka pada aplikasi Tawakkalna.

Kementerian berkata, pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna, yang membolehkan jemaah haji menyemak semua pakej yang ada, atau menerusi laman sesawang https://localhaj.haj.gov.sa.

Jemaah haji boleh membuat senarai pakej pilihan, memilih daripada mereka, menambah peneman dan memastikan semua data mereka, seperti status imunisasi, adalah betul dan keperluan dipenuhi secara dalam talian.

Kementerian meminta semua pemohon memberikan maklumat yang tepat ketika mendaftar data dan memilih pakej, dengan menyatakan terdapat beberapa individu didaftarkan dalam satu aplikasi.

Kegagalan berbuat demikian, permohonan akan dibatalkan.

Semua permohonan akan diproses selepas tarikh akhir pendaftaran tamat, sambil menambah semua pertanyaan dan cadangan boleh dihantar melalui emel ke [email protected], nombor 920002814, atau akaun Twitter @MOHU.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2022 @ 11:00 AM