ORANG ramai merakamkan gambar Obor Olimpik di Tokyo. FOTO EPA
ORANG ramai merakamkan gambar Obor Olimpik di Tokyo. FOTO EPA
BERNAMA

Tokyo: Kes harian Covid-19 di Jepun melonjak kepada 9,000 untuk pertama kali pada Rabu, dengan peningkatan kes dikesan di Tokyo.

Menurut agensi berita Kyodo, Tokyo merekodkan 3,177 kes sekali gus kes harian tertinggi. Ibu negara Jepun itu merekodkan kes harian tertinggi untuk dua hari berturut-turut.

Sehari sebelum itu, Tokyo melaporkan rekod baharu kes harian tertinggi iaitu 2,848 kes, mengatasi rekod tertinggi sebelumnya iaitu 2,520 kes pada 7 Januari.

Lonjakan itu berikutan penularan varian Delta yang mudah berjangkit dan penduduk sudah penat dengan peraturan kawalan Covid-19 di bawah perintah darurat.

Virus itu kian menular di bahagian lain negara itu dengan kes harian seluruh negara yang merekodkan bawah 2,000 pada awal Julai melonjak kepada 4,000 dalam tempoh seminggu lalu, dengan 5,000 kes pada Khamis dan 7,000 kes pada Selasa.

Pada Rabu, kes baharu Covid-19 di Jepun adalah 9,583 kes menjadikan kes kumulatif kepada hampir 900,000

Institut Kebangsaan untuk Penyakit Berjangkit Jepun menganggarkan varian Delta kini 70 peratus daripada jumlah kes di kawasan metropolitan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 11:39 AM