POLIS meronda kawasan berhampiran Harbour Bridge ketika penguatkuasaan lockdown di Sydney. FOTO AFP
POLIS meronda kawasan berhampiran Harbour Bridge ketika penguatkuasaan lockdown di Sydney. FOTO AFP
AFP

Sydney: Lima juta penduduk Sydney dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) sekurang-kurangnya dua minggu lagi, kata Perdana Menteri Gladys Berejiklian.

Bandar terbesar di Australia itu sedang berjuang mengendalikan varian Delta dengan 97 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

"Sukar untuk diungkapkan tetapi kita perlu memanjangkan sekatan pergerakan ini sekurang-kurangnya dua minggu lagi," kata Berejiklian.

Di bawah strategi 'sifar Covid-19' di Australia, pihak berkuasa berusaha untuk menghentikan penyebaran dalam komuniti sepenuhnya.

Sekatan pergerakan bandar itu sepatutnya berakhir pada 16 Julai tetapi kini ditangguhkan sehingga 30 Julai. Sebahagian besar penduduk Sydney dibenarkan keluar dari rumah untuk bersenam, membeli-belah, bekerja atau kesihatan, tetapi sekolah ditutup dan orang ramai diminta untuk tinggal di rumah.

Beberapa kawasan 'hotspot' dikenakan sekatan yang lebih ketat, termasuk blok pangsapuri Bondi disekat sepenuhnya, selepas sembilan kes dikesan di situ.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 10:04 AM