PERTH. FOTO AFP
PERTH. FOTO AFP
AFP

Sydney: Penduduk Perth di Australia menjadi bandar ketiga di negara berkenaan yang dikenakan sekatan pergerakan lockdownselama empat hari berikutan peningkatan penularan varian Delta.

Hanya tiga kes positif yang sudah dikesan di Perth sejak penularan varian itu dikesan dalam kalangan penduduk tempatan, namun pegawai kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak wujudnya kluster Covid-19.

Menteri Australia Barat, Mark McGowan berkata, risiko Covid-19 begitu besar di seluruh dunia.

"Varian Delta sudah dikesan dan menjadi pemangsa, jadi kita tidak boleh membiarkannya merebak," katanya dalam sidang dalam sidang media, pada Isnin.

Lebih dua juta penduduk menetap di Perth dan kawasan sekitarnya kini menjalani sekatan pergerakan bersama penduduk di Sydney dan Darwin.

Undang-undang sekatan bermula tengah malam Isnin dan sekurang-kurangnya untuk tempoh empat hari.

Australia antara negara yang berjaya menyekat penularan kluster Covid-19, namun kini terpaksa kemarahan rakyat di empat bandar utama.

Pentadbiran Perdana Menteri Scott Morrison yang diberi tekanan berhubung pembekalan vaksin memaklumkan suntikan adalah wajib untuk warga emas dan pekerja hotel kuaratin.

Namun, suntikan vaksin AstraZeneca pula akan diberikan kepada penduduk berusia bawah 60 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 10:44 AM