ORANG ramai memakai pelitup muka di kawasan perniagaan utama di Sydney. FOTO AFP
ORANG ramai memakai pelitup muka di kawasan perniagaan utama di Sydney. FOTO AFP
AFP

Sydney: Pekerja dan penduduk di Sydney diperintahkan duduk di rumah selama seminggu.

Ia ketika pihak berkuasa menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) di empat kawasan perumahan di bandar raya ini susulan penularan varian Delta.

Lebih 24 kes dilaporkan minggu ini, berkaitan dengan pemandu limosin yang dijangkiti ketika membawa kru penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Sydney ke hotel kuarantin.

Keputusan untuk melakukan perintah berkurung disebabkan kluster itu sudah menjangkiti 65 orang.

Ketua Menteri Gladys Berejiklian mengarahkan sesiapa yang tinggal atau bekerja di kawasan terjejas sejak dua minggu lalu, untuk kekal berada di rumah.

Pekerja di daerah pusat perniagaan utama Sydney termasuk dalam peraturan itu kerana bimbang mengenai penularan Covid-19 ke bahagian lain di bandar raya ini.

Mereka yang berada di kawasan dikenakan lockdown tidak dibenarkan keluar rumah atas alasan penting termasuk membeli makanan atau jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah.

Larangan sebelumnya bagi penduduk Sydney yang keluar dari ibu kota itu juga dilanjutkan hingga Jumaat.

Australia, antara menjadi antara negara paling berjaya di dunia membendung Covid-19 dengan lebih 30,000 kes dan hanya 910 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Jun 2021 @ 3:38 PM