Gambar fail, penduduk di Makkah melakukan tawaf mengelilingi kaabah ketika umrah Oktober tahun lalu. FOTO Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi/ AFP.
Gambar fail, penduduk di Makkah melakukan tawaf mengelilingi kaabah ketika umrah Oktober tahun lalu. FOTO Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi/ AFP.
BERNAMA

Riyadh: Arab Saudi meluluskan rancangan keselamatan umum berkaitan musim haji 1442H, bersesuaian dengan langkah berjaga-jaga dan prosedur pencegahan yang dilaksanakan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan rancangan itu seiring dengan arahan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, bertujuan memastikan semua aspek berkaitan pelaksanaan ibadah tersebut dipatuhi demi kesejahteraan dan keselamatan jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 2:36 PM