SEORANG lelaki meredah kawasan landasan kereta api yang dinaiki air akibat banjir susulan hujan lebat di Mumbai. FOTO EPA
SEORANG lelaki meredah kawasan landasan kereta api yang dinaiki air akibat banjir susulan hujan lebat di Mumbai. FOTO EPA
AFP

Mumbai: Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas hujan lebat menyebabkan sebuah bangunan kediaman di kawasan setinggan di sini, runtuh.

Pihak berkuasa Mumbai mengesahkan tujuh lagi penduduk cedera dalam kejadian pada lewat Rabu itu.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat individu yang masih dilaporkan hilang masih dijalankan.

Dalam pada itu, penghuni di kawasan berhampiran lokasi juga dipindahkan.

Difahamkan, daripada tujuh mangsa cedera, enam dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi iaitu wanit berusia 30 tahun, dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal.

"Terdapat tiga lagi individu disyaki masih terperangkap dan usaha menyelamat masih dilakukan kata wakil pihak berkuasa Mumbai Prabhat Rahangdale kepada akhbar Indian Express.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 12:01 PM