LEBIH 400 orang berkumpul di pinggir bandar Aarey Colony dengan beramai-ramai memeluk pokok untuk menghalang pihak berkuasa dari menebangnya. FOTO REUTERS
LEBIH 400 orang berkumpul di pinggir bandar Aarey Colony dengan beramai-ramai memeluk pokok untuk menghalang pihak berkuasa dari menebangnya. FOTO REUTERS
Reuters

MUMBAI: Polis India menahan 40 penunjuk perasaan yang menuntut Mumbai Metro Rail Corp Ltd (MMRCL) agar tidak menebang 2,700 pokok bagi menyediakan tempat meletak kereta api untuk rangkaian kereta api bawah tanah baharu, kata jurucakap polis Mumbai.

Lebih 400 orang berkumpul di pinggir bandar Aarey Colony dengan beramai-ramai memeluk pokok untuk menghalang pihak berkuasa dari menebangnya.

Menurut aktivis, polis akhirnya mengosongkan kawasan itu dan menghalang penunjuk perasaan dari masuk ke kawasan berkenaan.

“Mereka didakwa menghalang kakitangan kerajaan daripada menjalankan tugas dan berhimpun secara haram. Hampir 200 anggota polis ditempatkan di lokasi terbabit,” kata jurucakap polis Mumbai, Pranaya Ashok kepada Reuters.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Bombay menolak semua petisyen membantah penebangan pokok sekaligus membolehkan pembinaan berkenaan untuk meningkatkan rangkaian kereta api bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di salah satu bandar paling padat penduduk di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 8:25 PM