15 orang terbunuh selepas dinding di kawasan setinggan Tanaji Kamble runtuh ketika hujan lebat awal pagi ini. FOTO Reuters
15 orang terbunuh selepas dinding di kawasan setinggan Tanaji Kamble runtuh ketika hujan lebat awal pagi ini. FOTO Reuters
AFP

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas dinding di kawasan setinggan Tanaji Kamble runtuh ketika hujan lebat, awal pagi ini.

Jurucakap pengurusan bencana Mumbai memberitahu AFP, seramai 69 orang lagi cedera dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Tragedi itu berlaku ketika setinggan didiami 20 juta penduduk dilanda hujan lebat untuk dua hari berturut-turut.

Cuaca buruk menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan hari ini cuti umum dan menasihatkan semua penduduk supaya tidak keluar rumah.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi diarahkan untuk ditutup, manakala penerbangan dari lapangan terbang utama Mumbai terpaksa dilencongkan.

Mumbai sering dilanda banjir apabila menjelang musim monsun yang bermula dari Jun hingga September atau Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 12:05 PM