GADIS yang menjalani pembedahan membuang saraf pada otot betis supaya kaki kekal langsing.
GADIS yang menjalani pembedahan membuang saraf pada otot betis supaya kaki kekal langsing.
AFP

Beijing: Kegilaan gadis di China untuk cantik kembali menjadi topik perbualan apabila ada yang sanggup memotong saraf kaki untuk kelihatan langsing.

Portal Oddity Central melaporkan trend terbaru itu kerana mereka mahukan 'betis langsing.'

Mereka sanggup melakukan pembedahan dengan memotong saraf pada otot betis sehingga kaki kelihatan lebih langsing dan lebih lurus.

Dalam wawancara dengan The Paper, seorang pakar perubatan, Dr Zeng Chun berkata, dia terkejut ketika pertama kali mengetahui trend itu.

Katanya, dia mendapat tahu remaja perempuan sengaja memotong saraf pada kaki untuk menjadikan betis kelihatan lebih ramping.

"Pesakit akan mengalami kecederaan saraf dan atrofi otot betis, kesakitan yang berterusan dan terdesak untuk mencari jalan untuk pulih.

"Saya tidak menyangka ada orang yang sihat secara aktif memusnahkan saraf mereka," kata Dr Zeng.

Beliau menegaskan tidak ada saraf yang kurang penting dan apabila saraf itu rosak, ada kemungkinan besar ia tidak akan pulih sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 6:31 AM