PUSAT jagaan pesakit Covid-19 di New Delhi. FOTO AFP
PUSAT jagaan pesakit Covid-19 di New Delhi. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: India mencatat satu lagi rekod global apabila mencatatkan lebih 414,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.

Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan sehari sebelumnya.

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21.49 juta.

Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

Mahkamah Tinggi Delhi semalam memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti Covid-19.

Sejak 27 April, negara ini juga sudah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan.

Namun, banyak hospital menyatakan bantuan terbabit belum sampai kepada mereka.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata, "semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 sudah diagihkan dan dihantar segera ke negeri/ institusi. Usaha sedang dilakukan."

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 6:31 AM