AFP mengesahkan bahawa sembilan maut di Mandalay, tiga di Shan, seorang di Bagan dan enam lagi di Yangon. FOTO AFP
AFP mengesahkan bahawa sembilan maut di Mandalay, tiga di Shan, seorang di Bagan dan enam lagi di Yangon. FOTO AFP
AFP

Yangon: Sekurang-kurangnya 19 maut ditembak pihak berkuasa keselamatan hari ini, ketika ia menyambut Hari Angkatan Tentera dengan perarakan pasukan beruniform di Naypyidaw.

AFP mengesahkan bahawa sembilan maut di Mandalay, tiga di Shan, seorang di Bagan dan enam lagi di Yangon.

Bagaimapun, media tempatan menyatakan bahawa angka sebenar lebih tinggi.

Kematian terbaru hari ini adalah tambahan kepada sejumlah 328 orang yang terbunuh dalam tindakan keras pihak berkuasa dilakukan selepas menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 6:09 PM