Agensi

Yangon: Hukuman penjara ke atas pemimpin Myanmar digulingkan, Aung San Suu Kyi yang mulanya empat tahun dikurangkan kepada dua tahun.

Pengurangan diberikan oleh ketua junta tentera, Min Aung Hlaing pada hari sama pemimpin berusia 76 tahun itu dijatuhi hukuman terhadap dua pertuduhan, semalam.

Jurucakap junta, Zaw Min Tun berkata, Suu Kyi sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana menyebarkan hasutan terhadap tentera dan dua tahun lagi penjara kerana gagal mematuhi peraturan bencana berkaitan Covid-19.

Bekas presiden, Win Myint juga pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas tuduhan sama, yang dikutuk Amerika Syarikat (AS) sebagai pencabulan terhadap keadilan.

Bagaimanapun, ketua junta tentera kemudian mengurangkan hukuman mereka kepada dua tahun penjara, dan dijalani sebagai tahanan di rumah di Naypyidaw.

AUNG San Suu Kyi. FOTO EPA.
AUNG San Suu Kyi. FOTO EPA.

Berita berkaitan

Suu Kyi dihukum penjara 4 tahun

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 12:01 PM