GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Jakarta: Angkara cemburu, seorang lelaki di Indonesia 'naik hantu' dan memukul rakan bekas isterinya hingga maut.

Dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu, mangsa, Endang Unayat berusia 56 tahun didatangi suspek, Yopi Suryana, 38, dari Kampung Mekarjaya, Sumedang utara, Jawa Barat.

Suspek bertindak menumbuk wajah mangsa sebelum kali kedua di bahagian rahang sebelum mangsa terjatuh dan kepalanya terkena jalan tar.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke unit rawatan rapi hospital di Sumedang sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Sumedang, Dedi Juhana mengesahkan penahanan suspek.

"Motifnya cemburu kerana mangsa mendekati bekas isteri suspek," katanya kepada Kompas.com

"Suspek masih dalam tahanan dan kesnya akan diambil alih Polis Sumedang Utara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 1:43 PM