TAE-HYUNG (kiri) diatasi PewDiePie. FOTO AFP & Big Hit
TAE-HYUNG (kiri) diatasi PewDiePie. FOTO AFP & Big Hit
Agensi

Singapura: Bintang YouTube terkenal dunia, Felix Kjellberg atau lebih dikenali PewDiePie dinobatkan sebagai Wajah Paling Tampan 2020.

Memetik portal The Straits Times, pencapaian terbaharu itu menyaksikan bintang berusia 31 tahun dari Sweden itu berjaya mengatasi ahli kumpulan BTS, Kim Tae-hyung atau nama popularnya V.

Pengiktirafan itu dikeluarkan TC Candler pada Isnin lalu dengan menyenaraikan beberapa lagi calon terkenal dalam pelbagai bidang.

Ia termasuk Harry Styles, Chris Hemsworth, Shawn Mendes, Henry Cavill, Jason Momoa, Zayn Malik dan David Beckham.

Tahun lalu, Kjellberg berada di tempat kedua dalam senarai 100 Wajah Tampan.

Bagaimanapun, pengiktirafan itu membuatkan peminat BTS yang tidak berpuas hati berbalah dengan peminat PewDiePie yang mempunyai 108 juta pengikut di saluran YouTube miliknya.

Walaupun terdapat sejumlah bintang Korea Selatan di tangga 50 teratas, termasuk Jungkook (keempat) dan Jimin (ke-17) kedua-duanya dari BTS, Taeyong NCT (ke-15) dan Cha Eun Woo dari Astro (ke-22), peminat K-Pop tetap tidak berpuas hati.

Pengguna Twitter @sanadessert berkata: "Pewdiepie dinobatkan sebagai lelaki paling tampan tahun 2020 .... Saya tahu mereka berbohong. Bagaimana mereka boleh meletakkannya di atas Taehyung," katanya.

Sementara itu peminat PewDiePie @melonaana menulis di Twitter.

"Beberapa toksik K-Pop memarahi Pewdiepie kerana dia adalah 1 daripada 100 Wajah Paling Tampan. Pewds memang layak mendapatkannya," katanya.

TC Cander turut menyenaraikan 100 Wajah Paling Cantik dengan menobatkan model dan aktres Israel berusia 19 tahun, Yael Shelbia di tempat teratas dan Lisa Blackpink di kedudukan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 7:45 AM