SON Heung-min antara pemain yang terlepas khidmat tentera selepas menyumbang ema sbuat Korea Selatan di pentas Sukan Asia di Jakarta 2018 lalu. FOTO Agensi
SON Heung-min antara pemain yang terlepas khidmat tentera selepas menyumbang ema sbuat Korea Selatan di pentas Sukan Asia di Jakarta 2018 lalu. FOTO Agensi
Reuters

Hangzhou, China: Atlet e-sukan Korea Selatan yang memenangi pingat emas bakal diberikan pengecualian daripada terbabit dengan khidmat tentera yang diwajibkan ke atas remaja di negara itu.

Setiap tahun, ribuan pemuda dari usia 18-28 tahun di Korea Selatan diwajibkan mengikuti khidmat ketenteraan selama setahun setengah hingga dua tahun bagi menangani ancaman Korea Utara.

Begitupun, pemuda yang bergelar atlet atau penyanyi sering diberikan pelepasan namun mereka haruslah memenangi apa-apa anugerah peringkat antarabangsa, umpamanya dengan memenangi pingat di Olimpik atau Sukan Asia.

Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min antara contoh atlet yang terlepas daripada khidmat ketenteraan apabila memenangi pingat emas Sukan Asia di Jakarta, Indonesia pada 2018 lalu.

Pemain tenis, Kwon Soon-woo, 25, yang gagal dalam acara perseorangan sebelum ini bakal menyertai khidmat tentera sebaik berakhirnya temasya Sukan Asia ini.

Bintang K-pop Suga, penulis lagu dan rap untuk kumpulan penyanyi popular BTS, sudah memulakan proses pendaftaran untuk perkhidmatan ketenteraan wajib bulan lalu, menjadikan ahli BTS ketiga yang pergi menjalankan tugas ketenteraan.

Undang-undang perkhidmatan ketenteraan dipinda beberapa tahun lalu untuk membolehkan megastar K-pop menangguhkan perkhidmatan mereka kepada umur 30 tahun.

Tetapi untuk mengelak sepenuhnya ia ditentang sebahagian besar rakyat negara itu termasuk kepada kumpulan BTS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 1:35 PM