TRUMP dibawa ke kenderaan selepas terkena tembakan ketika berkempen di Butler, Pennsylvania. FOTO Reuters
TRUMP dibawa ke kenderaan selepas terkena tembakan ketika berkempen di Butler, Pennsylvania. FOTO Reuters
Bernama-Sputnik

Washington: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, sebagai suspek penembak yang cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, lapor Sputnik.

"FBI telah mengenalpasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Julai, di Butler, Pennsylvania.

"Ini kekal sebagai siasatan yang aktif dan berterusan," menurut FBI dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, FBI berkata mereka masih berusaha untuk mencari motif di sebalik cubaan pembunuhan itu.

Trump berkata peluru yang dilepaskan oleh penyerang menembusi bahagian atas telinga kanannya, tetapi beliau selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 2:46 PM