KAD pengenalan dan perniagaan yang pernah menjadi milik Robert Hanssen. FOTO AFP
KAD pengenalan dan perniagaan yang pernah menjadi milik Robert Hanssen. FOTO AFP
BERNAMA

New York: Bekas ejen FBI, Robert Hanssen, yang disabitkan kesalahan mengintip untuk Rusia, meninggal dunia pada usia 79 tahun, kata Biro Penyiasatan Persekutuan pada Isnin.

FBI berkata, Hanssen menjadi "perisik yang paling bahaya" dalam sejarah biro itu walaupun bersumpah untuk menguatkuasakan undang-undang dan melindungi negara.

Hanssen yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, ditemukan mati di dalam sel penjaranya, lapor Agensi Anadolu memetik Biro Penjara.

Dia ditangkap pada 2001 dan dituduh memberi maklumat paling sulit mengenai keselamatan negara kepada Rusia dengan pertukaran lebih daripada AS$1.4 juta dalam bentuk tunai, dana bank dan berlian.

Aktiviti pengintipan Hanssen bermula pada 1985, kata FBI, dan pada 2001 dia mengaku bersalah atas 15 pertuduhan pengintipan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 2:21 PM