BELON udara panas yang ditembak jatuh di luar pantai Carolina Selatan, AS. FOTO AFP
BELON udara panas yang ditembak jatuh di luar pantai Carolina Selatan, AS. FOTO AFP
AP

Washington: Belon udara panas China yang ditembak jatuh di luar pantai Carolina Selatan adalah sebahagian daripada program pengawasan dijalankan China selama 'beberapa tahun', kata Pentagon.

Belon sama melepasi wilayah Amerika Syarikat (AS) sebanyak empat kali ketika pentadbiran Donald Trump dan Joe Biden, namun AS tidak segera mengenal pasti ia sebagai belon pengawasan China, kata Setiausaha Akhbar Pentagon, Jeneral Pat Ryder.

Beliau berkata, analisis perisikan seterusnya membenarkan AS mengesahkan belon berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pengintipan China dan mempelajari 'banyak lagi' mengenai program itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang butiran baharu mengenai belon-belon sebelumnya.

Apabila terus ditanya, Ryder hanya mengatakan belon udara panas itu terbang di atas 'tapak yang diminati China'.

Salah satu kejadian yang mungkin berlaku pada Februari lalu.

Mejar Jeneral Kenneth Hara berpangkalan di Hawaii menulis ciapan mengenai belon udara panas di Kauai, setahun lalu.

Beliau yang juga Komando Indo-Pasifik AS berkata, pihaknya "mengesan objek altitud tinggi terapung di udara di sekitar Kepulauan Hawaii" dan menghantar pesawat untuk memintasnya.

Beliau berkata, pihaknya secara visual mengesahkan ia adalah belon tanpa pemandu dan tanpa tanda pengenalan.

Ryder enggan menyatakan sama ada ia adalah salah satu daripada empat insiden sebelumnya yang dibincangkan oleh AS.

Baru-baru ini, belon udara panas itu ditembak jatuh oleh jet pejuang tentera AS, pada Sabtu.

Tentera Laut dan Pengawal Pantai masih berusaha untuk mendapatkan semula serpihan belon yang ditembak jatuh itu supaya ia boleh dianalisis.

China mendakwa ia adalah belon awam yang digunakan untuk penyelidikan meteorologi dan mengkritik AS kerana menembak jatuh belon berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 10:28 AM