FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AP

Mexico City: Lima wanita ditemukan mati dibunuh di bandar Cuautla, selatan Mexico City, semalam.

Mayat wanita itu ditemukan di dua tempat berbeza di bandar itu yang dikenali sebagai lokasi percutian hujung minggu bagi penduduk Mexico City.

Pendakwa raya di Morelos di mana terletaknya Cuautla berkata, pembunuhan dipercayai dilakukan oleh geng dadah, mungkin sebagai sebahagian daripada beberapa pergaduhan.

Pendakwa Raya Uriel Carmona berkata, mayat itu ditemukan berhampiran papan tanda ditulis tangan yang sering digunakan oleh kumpulan dadah di Mexico untuk menghantar pesanan.

Beliau berkata, siasatan ke atas pembunuhan semua wanita itu akan diteruskan.

Pembunuhan wanita menjadi masalah yang semakin meningkat di Mexico sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 10:46 AM