Biden menerima suntikan penggalak vaksin Covid-19 di Washington. - FOTO AFP
Biden menerima suntikan penggalak vaksin Covid-19 di Washington. - FOTO AFP
BERNAMA

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima suntikan penggalak terkini bagi Covid-19 pada petang Selasa, lapor Xinhua.

"Virus ini sentiasa berubah. Varian baharu telah muncul di AS dan di seluruh dunia.

"Vaksin lama anda atau jangkitan Covid-19 sebelum ini tidak akan memberi anda perlindungan maksimum," kata Biden di Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower berhampiran Rumah Putih.

Lebih 20 juta rakyat Amerika telah menerima vaksin Covid-19 terbaharu setakat ini, menurut Rumah Putih.

"Masih ramai belum mendapatkan suntikan penggalak.

"Cuaca semakin sejuk. Orang ramai akan menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah, manakala virus mudah berjangkit seperti Covid-19, akan merebak dengan lebih mudah," katanya.

Amerika Syarikat melaporkan 97 juta kes jangkitan Covid-19 dengan lebih daripada 1 juta kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Hampir 400 orang maut setiap hari akibat virus itu di negara ini. Biden berkata, "jumlah itu mungkin meningkat pada musim sejuk ini".

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 5:40 PM