JOE Biden ketika menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer. FOTO EPA
JOE Biden ketika menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer. FOTO EPA
AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 pada Isnin.

Biden, 78, menerima suntikan itu di Rumah Putih.

Beliau menerima suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 Pfizer yang sudah dibenarkan penggunaan sebagai dos penggalak untuk individu berusia 65 tahun dan ke atas di negara itu.

Selain itu, individu dewasa yang mempunyai masalah kesihatan berisiko tinggi dan mereka yang bekerja dalam persekitaran yang terdedah kepada virus itu juga layak menerima dos penggalak berkenaan.

Biden berkata, 77 peratus penduduk AS sudah menerima vaksin, namun ia tidak mencukupi kerana hampir satu pertiga daripadanya masih menolak untuk divaksin.

"Golongan minoriti ini menyebabkan masalah kepada kita, dan menyebabkan banyak kerosakan kepada negara.

"Tolong lakukan tindakan yang betul," katanya.

Kira-kira 60 juta penduduk AS layak untuk menerima dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 8:34 AM