LADY Gaga. FOTO AFP
LADY Gaga. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Mahkamah di California menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang didakwa terbabit rompakan bersenjata membabitkan anjing baka French Bulldog milik penyanyi terkenal, Lady Gaga.

Jaylin Keyshawn White mengaku menjadi salah seorang suspek yang menembak penjaga anjing milik Gaga, Ryan Fischer.

Dalam insiden itu, Fischer ditembak menggunakan pistol separuh automatik.

Ketika perbicaraan mahkamah di sini pada Rabu, White, 20, mengaku bersalah atas rompakan tahap dua dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan sebuah kereta berhenti berhampiran Fischer, sebelum dua individu keluar dari kenderaan itu.

Salah seorangnya menuntut Fischer menyerahkan anjing sebelum berlaku pergelutan, di mana bunyi tembakan kedengaran.

Kedua-dua suspek itu kemudian menangkap anjing diberi mama Koji dan Gustav, sebelum meninggalkan Fischer yang menjerit meminta tolong.

Koji dan Gustav sudah selamat dipulangkan selepas seorang wanita membawa dua anjing berkenaan ke sebuah balai polis.

Terdahulu, Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembakan dan rompakan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 11:19 AM