GAMBAR hiasan. FOTO Hazreen Mohamad.
GAMBAR hiasan. FOTO Hazreen Mohamad.
BERNAMA

Washington: Hampir satu daripada lima rakyat Amerika yang pernah dijangkiti Covid-19 mengalami simptom berterusan yang dikenali sebagai 'Long Covid', menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit pada Rabu.

Data Kajian Nadi Isi Rumah, kerjasama antara CDC, Biro Banci dan agensi persekutuan lain, mendapati lebih 40 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat telah dijangkiti Covid-19 dan 19 peratus daripada mereka masih mengalami simptom Covid, lapor United Press International (UPI).

Long Covid telah ditakrifkan sebagai simptom yang berlanjutan sehingga tiga bulan atau lebih selepas dijangkiti virus buat pertama kali dan tidak mengalami sebarang simptom ketika itu.

Data menunjukkan secara keseluruhannya satu daripada 13 orang dewasa, atau 7.5 peratus, mengalami simptom Long Covid.

Selain itu, 9.4 peratus wanita dikesan mengalami simptom Long Covid berbanding lelaki hanya sekitar 5.5 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2022 @ 1:48 PM