VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan sepenuhnya vaksin Covid-19 Pfizer, semalam.

Langkah diharapkan dapat mencetuskan gelombang pengambilan vaksin, ketika varian Delta menyerang negara itu.

"Persetujuan FDA terhadap vaksin ini adalah batu loncatan ketika kami terus memerangi wabak Covid-19.

"Walaupun berjuta-juta individu sudah selamat menerima vaksin Covid-19, kami menyedari kelulusan FDA terhadap vaksin dapat menambah keyakinan kepada segelintir yang lain untuk mendapatkan suntikan," kata pemangku Pesuruhjaya FDA Janet Woodcock dalam satu kenyataan.

Vaksin Covid-19 yang kini boleh dipasarkan dengan nama jenama Comirnaty adalah yang pertama mendapat kelulusan penuh.

Puluhan juta dos sudah diberikan di bawah kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) bermula 11 Disember 2020.

Keputusan untuk memberikan kelulusan itu berdasarkan data terkini dari percubaan klinikal ubat, termasuk jangka masa tindak lanjut yang lebih lama, dengan keselamatan dan keberkesanan dinilai di antara lebih 40,000 individu.

Tentera AS sebelum ini mengumumkan akan memberi mandat kepada vaksin sebaik sahaja mendapat persetujuan penuh dengan beberapa perniagaan dan universiti swasta dijangka turut serta.

Vaksin tetap tersedia di bawah EUA kepada kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun namun doktor boleh menetapkannya kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun jika mereka percaya ia bermanfaat kerana ia sudah diluluskan sepenuhnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 10:05 AM