GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Washington: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menggesa wanita mengandung untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengelak risiko keguguran.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky berkata, pihaknya menyarankan wanita mengandung atau merancang untuk mengandung serta ibu menyusu untuk menyuntik vaksin bagi meningkatkan ketahanan tubuh.

"Vaksin adalah selamat dan efektif memandang kini kes varian Delta semakin meningkat.

"Kita juga melihat banyak jangkitan berlaku terhadap wanita yang masih belum divaksin," katanya.

Berdasarkan kajian terbaharu, seorang daripada empat wanita mengandung sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Data juga mendapati kira-kira 2,500 wanita mengandung yang mengambil suntikan vaksin tidak berisiko mengalami keguguran.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 9:45 AM