GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Washington: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memberikan kelulusan akhir untuk dos penggalak Covid-19.

Penerima dos penggalak itu boleh memilih satu daripada tiga vaksin yang ada iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky individu yang sudah menerima dua dos Pfizer-BioNTech atau Moderna layak menerima suntikan penggalak jika berusia 65 tahun ke atas, mempunyai masalah kesihatan atau bekerja di bidang berisiko tinggi, menurut Agensi Anadolu.

Kira-kira 15 juta individu di AS yang menerima vaksin Johnson & Johnson layak mendapat suntikan penggalak jika berusia 18 tahun ke atas selepas menerima dua dos pertama lebih sebulan.

Terpulang kepada individu untuk menentukan jenis vaksin yang mereka mahukan untuk suntikan penggalak.

Ketiga-tiga vaksin sangat berkesan dalam mengurangkan risiko kesihatan yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan itu dalam satu kenyataan.

Kematian dan kes jangkitan Covid-19 mingguan menunjukkan penurunan sejak September.

Sehingga kini, lebih 77 peratus penduduk berusia 12 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu doa vaksin dengan lebih 57 peratus sudah lengkap dua dos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 1:12 PM