Bernama-Anadolu

Bogota (Colombia): Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.

Beberapa kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di bandar pantai Valparaiso dan Vina del Mar.

Berikutan itu, Presiden Chile Gabriel Boric mengisytiharkan darurat .

"Kami telah mengarahkan semua pegawai ke wilayah tengah dan selatan untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya menerusi platform X

Api merebak dengan pantas dan telah menjejaskan bandar Concon, Quintero serta Maitencillo.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Viña del Mar, Chile. - FOTO AFP
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Viña del Mar, Chile. - FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 5:38 PM