TENGKU Permaisuri Norashikin mengambil empat ekor kucing terbiar di sekitar Pantai Cenang, Langkawi untuk dijadikan haiwan angkat. FOTO Facebook Selngor Royal Office
TENGKU Permaisuri Norashikin mengambil empat ekor kucing terbiar di sekitar Pantai Cenang, Langkawi untuk dijadikan haiwan angkat. FOTO Facebook Selngor Royal Office
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyeru dan menggesa pihak berwajib di Selangor dan seluruh Malaysia agar terus membela nasib kucing dan anjing terbiar di jalanan.

Tengku Permaisuri Norashikin dalam kenyataan di Facebook Selangor Royal Office menegaskan, kucing dan anjing terbiar itu harus dikenal pasti dan dikasi (neuter) supaya populasi mereka dapat dikawal.

"Tengku Permaisuri Norashikin turut menggalakkan agar haiwan-haiwan terbiar ini diambil sebagai haiwan angkat dan dipelihara dengan baik.

"Baginda juga mengambil empat ekor kucing terbiar di sekitar Pantai Cenang, Langkawi untuk dijadikan haiwan angkat dan kini dijaga oleh kakitangan hotel Casa Del Mar.

"Kesemua kucing angkat ini dikasi malah baginda sentiasa menyumbangkan bekalan makanan haiwan kepada hotel berkenaan," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 10:30 AM