Reuters

Sao Paulo: Bangunan di timur laut Pernambuco, Brazil runtuh semalam menyebabkan lima terkorban dan lapan lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pertahanan awam.

Setiausahanya berkata, setakat 7 petang Jumaat, empat orang berjaya diselamatkan daripada sisa runtuhan bangunan di kejiranan Janga, pinggir ibu negeri Recife.

Kerajaan Pernambuco dalam kenyataan di media sosial berkata, lapan pasukan penyelamat dikerah ke lokasi selepas pertahanan awam dimaklum kejadian pada 6.35 pagi.

Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan runtuhan itu.

Recife, sebuah bandar pantai dengan kira-kira 1.5 juta penduduk, bergelut dengan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bandar dan wilayah metropolitannya diletakkan di bawah "keadaan berjaga-jaga" pada Jumaat, yang mewakili "risiko sederhana hingga tinggi," kata kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 9:29 AM
PASUKAN penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Recife, Pernambuco, Brazil. FOTO Reuters.
PASUKAN penyelamat berusaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Recife, Pernambuco, Brazil. FOTO Reuters.