LUIZ Inacio Lula da Silva selepas majlis mengangkat sumpah di Brasilia. FOTO AFP
LUIZ Inacio Lula da Silva selepas majlis mengangkat sumpah di Brasilia. FOTO AFP
BERNAMA

Brasilia: Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad mengangkat sumpah sebagai Presiden Brazil untuk penggal ketiga, lapor Agensi Anadolu.

"Saya berjanji untuk mengekalkan dan mempertahankan perlembagaan, mematuhi undang-undang, menggalakkan dan menegakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Brazil, berintegriti dan mempertahankan kemerdekaan Brazil," kata Lula dalam ucapannya.

Lula berterima kasih kepada rakyat Brazil atas sokongan dan keyakinan yang mereka tunjukkan dengan mengundi beliau untuk penggal ketiga.

Dalam ucapan itu beliau turut menekankan mengenai peranan demokrasi dan keputusan pilihan raya tetap terhasil di sebalik "ancaman ganas," "pembohongan" dan "kebencian" yang terpaksa dilaluinya dan menggariskan mengenai kepentingan sistem pilihan raya Brazil.

Beliau turut menyentuh peranan syarikat minyak dan gas Brazil milik kerajaan Petrobras dan keperluan untuk meningkatkan perniagaan kecil dan sederhana.

Selain itu Lula mencadangkan bahawa model pengeluaran Brazil perlu mempunyai "kapasiti teknikal" untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan tempatan.

Lula juga menggariskan "komitmen" memastikan semua rakyat dapat makan tiga kali sehari serta menggesa dialog antara kerajaan dan kesatuan buruh untuk meluluskan perundangan buruh baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 5:12 PM