AHLI arkeologi di Peru menemui lebih 40 rangka manusia. FOTO Reuters
AHLI arkeologi di Peru menemui lebih 40 rangka manusia. FOTO Reuters
Agensi

Lima: Ahli arkeologi di Peru menemui 40 rangka manusia abad ke-16, ketika zaman penjajahan Sepanyol di negara itu.

Portal Mirror melaporkan, rangka itu ditemukan berhampiran Hospital Real de San Andres, sebuah bangunan terkenal di ibu negara Lima.

Ia tidak lagi beroperasi sebagai hospital, tetapi dipercayai salah satu yang pertama di Amerika Selatan yang dibina pada 1552 dan bertujuan untuk pesakit Sepanyol.

Ia melatih doktor dan sebahagian daripada hospital itu juga ditetapkan untuk merawat pesakit mental.

Anehnya, rangka itu masih belum ditemukan sehingga kini walaupun mempunyai kubur yang sangat cetek iaitu hanya 12 inci (kira-kira 30 sentimeter) di bawah permukaan tanah.

Ia adalah penemuan menarik yang menyebabkan ahli arkeologi berfikir mungkin juga terdapat mumia kepunyaan Inca, penduduk yang mendiami dan memerintah wilayah Andes di Amerika Selatan sebelum kedatangan penjajah Sepanyol.

Tapak ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian tengah, gereja dan wad perubatan yang lebih tua.

Penggalian bermula pada 2021 dan mayat di sebuah kubur bawah tanah yang diperbuat daripada batu-bata serta dianggap digunakan selama 300 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2022 @ 6:45 AM