FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Lima: Sekurang-kurangnya 22 orang maut, manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik dalam keadaan hujan di Peru, Isnin lalu.

Polis mengesahkan, kemalangan itu berlaku berhampiran barat bandar Huarez, kira-kira 600 kilometer dari utara Lima.

Stesen televisyen tempatan pula melaporkan, kebanyakan penumpang hendak pulang ke rumah selepas membuang undi pada pilihan raya untuk memilih presiden dan kongres baharu pada Ahad lalu.

Kemalangan maut kerap berlaku di Peru terutama musim hujan berpunca daripada pelbagai faktor antaranya permukaan jalan yang rosak, papan tanda tidak mencukupi selain kurang kawalan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 10:24 AM