NASRO, kanak-kanak malang di Somalia yang mengalami dehidrasi sehingga tidak dapat mengalirkan air mata.  FOTO Agensi
NASRO, kanak-kanak malang di Somalia yang mengalami dehidrasi sehingga tidak dapat mengalirkan air mata. FOTO Agensi
Agensi

Mogadishu: Lapar dan tidak berdaya. Begitu keadaan Nasro, kanak-kanak malang yang sudah tidak mampu menangis akibat kebuluran.

Mirror UK melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu mengalami dehidrasi teruk sehingga tidak dapat mengeluarkan air mata.

Nasro antara empat juta individu yang menghadapi tahap krisis kelaparan di Somalia akibat perang.

"Dia tidak tersenyum selama berbulan-bulan," kata ibu Nasro, Samiro.

Nasro yang tidak berdaya meletakkan tangan di atas kepalanya dan mengeluarkan tangisan sedih... namun dia secara fizikal tidak boleh menitiskan air mata.

Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan biasanya akan mengalami masalah dehidrasi teruk.

Dia tidak tersenyum selama berbulan-bulan.

Tubuhnya yang kurus menjadikan penimbang hampir tidak lebih daripada berat sebiji batu, dua kali ganda berat purata bayi baru lahir.

Sepanjang tujuh hari ditahan di wad, Samiro setia menjaganya di tepi katil di unit rawatan rapi di pusat penstabilan Hospital Banadir di sini dan Nasro diberi makan melalui tiub hidung.

"Setiap kali bersama anak perempuan, saya berdoa siang dan malam supaya dia sembuh… Saya tidak tidur.

"Kali terakhir saya melihat dia tersenyum adalah pada Jun. Sejak itu dia berasa pening, sakit," kata Samiro yang berusia 25 tahun.

Negara miskin di Afrika Timur itu dilanda peperangan selama beberapa dekad dan kumpulan pengganas Islam Al-Shabaab menguasai kawasan yang luas.

Bagaimanapun, ancaman lama dan sama mematikan kembali dan kemarau membawa kepada kelaparan yang melumpuhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2023 @ 3:15 PM