RUSILAH (kiri) memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya menyiapkan tempahan pelanggan.
RUSILAH (kiri) memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya menyiapkan tempahan pelanggan.
Oleh Omar Ahmad

Skudai: Seorang ibu tunggal enam anak bukan saja memperoleh nikmat daripada bantuan zakat disalurkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), tetapi kini menyalurkan kembali hasil pendapatan diperoleh sebagai pembayar zakat bagi membantu golongan memerlukan.

Rusilah Nasro, 47, yang pernah berstatus asnaf tiga tahun lalu berkata, dia bersyukur kerana diberikan bantuan MAIJ sejak 2004 hingga mampu mengubah corak hidupnya daripada susah kepada lebih sempurna.

“Alhamdulillah, saya bersyukur. Dulu saya menjadi sebahagian daripada asnaf dan menerima bantuan zakat, tetapi sejak tiga tahun lalu, saya sudah mula membayar zakat.

“Berbekalkan kemahiran menjahit dan bantuan MAIJ daripada segi peralatan menjahit termasuk mesin jahit, mesin jahit tepi serta kabinet baju, kini saya mampu membesarkan semua anak berumur 12 tahun hingga 23 tahun daripada hasil menjahit pakaian,” katanya ditemui di kedainya di Bazar Wakaf Rakyat Masjid Mominbi Ahmad Angulia di sini, semalam.

Berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan suami, Rusilah mengakui berdepan dugaan hebat dalam membesarkan anak bersendirian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 7:06 AM