HEBA meninggal dunia di Makkah. FOTO Saudi Gazette
HEBA meninggal dunia di Makkah. FOTO Saudi Gazette
Agensi

Kaherah: Impian seorang wanita dikebumikan di Makkah tertunai selepas dia meninggal dunia ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

Dalam hantaran penuh menyentuh hati, suaminya, Abdelmoniem Elkhateeb berkongsi mengenai kisah isterinya itu hingga mengundang sebak.

Menurut profesor pembedahan di Fakulti Perubatan Universiti Assiut itu, isterinya, Heba dari wilayah Qena, meninggal dunia di Makkah ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

"Dengan hati penuh dengan kesabaran dan mengharapkan pahala dan dengan linangan air mata aku meratapi isteriku, ibu kepada anak-anakku, jodohku, penemanku, bunga hatiku, kebaikanku di dunia ini, senyumanku, pasangan dan temanku...

"Saya bersaksi kepada Tuhan bahawa dia adalah isteri soleh dan taat yang setia kepada keluarganya dan keluarga suaminya.

"Dia berterus-terang dan melaksanakan peranan sebagai ibu dan kakak dengan sangat baik," katanya seperti dilaporkan Saudi Gazette.

Katanya, sebelum meninggal dunia isterinya sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya seolah-olah dia mengetahui masanya sudah tiba.

"Dengan senyuman, dia mengucapkan selamat tinggal kepada saya dan kami mengucapkan takziah ketika rohnya ditarik dari Masjidil Haram di Makkah ketika dia berpuasa dan mengerjakan umrah pada bulan Ramadan yang mulia.

"Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan kurniakan syurga yang tertinggi.. Kurniakan kami kesabaran dan kekuatan untuk menanggung derita perpisahan ini," katanya.

Hantaran yang tular itu menyaksikan ramai pengguna laman maya turut mendoakan kesejahteraan wanita itu.

Seorang pempengaruh media sosial, pengakhiran yang baik buat wanita itu kerana meninggal dunia ketika menunaikan umrah pada Ramadan ribuan jemaah Masjidil Haram mendoakannya.

"Dia ingin dikebumikan di Makkah dan oleh itu dia mendapat apa yang diinginkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 1:11 PM