Zul Ariffin.
Zul Ariffin.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Zul Ariffin yang kini berada di Makkah selamat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama.

Zul berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Zul memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya masih mengenakan pakaian ihram lengkap di kawasan Masjidil Haram.

Dalam masa sama, Zul turut mengambil peluang menunaikan umrah sunat buat ibu tercinta, Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 4 Disember 2017.

"Selesai," tulisnya ringkas.

Sebelum berangkat mengerjakan umrah, Zul difahamkan berada di Doha dan Dubai untuk urusan kerja.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2022 @ 7:17 PM