ULAR berkepala dua yang ditemui di Afrika Selatan. FOTO Facebook Nick Evans- Snake Rescuer
ULAR berkepala dua yang ditemui di Afrika Selatan. FOTO Facebook Nick Evans- Snake Rescuer
Agensi

Cape Town: Penemuan spesies ular jarang jumpa berkepala dua yang ditemui di Afrika Selatan, meraih perhatian dunia.

NDTV melaporkan, pakar penyelamat ular, Nick Evans mengesahkan penemuan ular itu yang berasal dari spesies tidak berbahaya.

Katanya, ular itu kini dalam jagaan pakar selepas seorang lelaki menyerahkan haiwan yang ditemuinya di taman rumahnya di Ndwedwe, utara Durban.

"Lelaki berkenaan tidak mahu haiwan terbabit dicederakan sesiapa sebelum memasukkannya dalam botol dan meminta saya membawanya.

"Ia adalah penemuan aneh. Haiwan itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter dan masih muda.

"Apa yang menjadi perhatian saya adalah apabila melihat cara haiwan berkenaan bergerak antara satu sama lain dan ada-kalanya akan bertindih antara satu sama lain bagi memastikannya boleh bergerak," katanya yang berkongsi penemuan aneh berkenaan di media sosial.

Perkongsian yang tular itu mendapat perhatian ramai apabila netizen lega haiwan itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Newsweek, haiwan yang dilahirkan dengan dua atau lebih kepala mempunyai keadaan dipanggil polycephaly, yang lebih biasa ditemui pada reptilia berbanding mamalia.

Malah, kebiasaannya haiwan dengan keadaan seperti ini tidak selalunya dapat hidup lama dan bergantung kepada tahap di mana kedua-dua kepala terbabit terbelah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 7:15 AM