FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Kaherah: Seorang penumpang dalam penerbangan dari Mesir ke Rusia membunuh diri di dalam tandas pesawat, lapor media Mesir.

Kru penerbangan berkata, mereka menemukan lelaki yang tidak sedarkan diri itu di dalam tandas sejurus selepas penerbangan S7 Airlines berlepas dari pusat peranginan Sharm El Sheikh ke bandar Samara di barat daya Rusia.

Komander penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Kaherah, di mana pegawai perubatan cuba sedaya upaya untuk memberikan rawatan kepadanya.

Dilaporkan, lelaki berusia 48 tahun itu dihantar pulang menaiki pesawat yang sama.

Menurut ahli keluarganya, lelaki berkenaan menghadapi masalah psikologi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 3:30 PM